'Amir bin Said dari ayahnya berkata bahwa : "Suatu hari Rasulullah S.A.W datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang maksudnya: "Aku telah memohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah memohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim kemarau yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah memohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana air (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah memohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pertikaian antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bertikai antara satu dengan yang lain, hari ini orang Islam bertikai sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini pantas untuk kita lihat?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar